Home Berita Post View

Ketegangan di Penjara Ofer

May 02, 2023 12:54 pm

 

Pihak rejim Zionis memperketatkan operasi berjaga-jaga di penjara Israel berikutan kematian tahanan, Khader Adnan di sel penjaranya. Pada masa yang sama, penjara Ofer menyaksikan sebuah rusuhan yang melibatkan tahanan dan warden penjara sebelum pihak pentadbiran bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Pertubuhan Tahanan Wa'ed melaporkan bahawa takbir dilaungkan para tahanan bergema di dalam penjara Israel selepas berita kematian Khader Adnan tersebar. Pertubuhan Wa’ed mengisytiharkan tempoh berkabung di semua penjara dan pusat tahanan selepas kesyahidan Khader Adnan yang telah melancarkan mogok lapar selama 86 hari.

Menurut Wa’ed, operasi berjaga-jaga di penjara Ofer dilaksanakan selepas salah seorang tahanan bertindak cuba menyerang seorang pegawai penjara Israel berikutan kematian as-syahid Khader Adnan. Akibatnya, pentadbiran penjara melepaskan tembakan gas pemedih mata dan menyebabkan beberapa orang tahanan mengalami kesesakan nafas.

Related