Dalam sebuah kejadian di Beit Ummar, al-Khalil, beberapa orang penduduk dilaporkan telah mengalami kesesakan nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel.
Aktivis media di bandar tersebut, Muhammad Awad melaporkan bahawa pasukan tentera Israel telah menceroboh kawasan Asida yang terletak di bandar itu. Rejim Israel turut melepaskan tembakan bersasar bersama peluru getah serta gas pemedih mata ke arah penduduk sebaik sahaja berjaya menceroboh kawasan Asida. Akibatnya, sebahagian daripada penduduk di kawasan itu telah mengalami kesesakan nafas yang teruk.
Dalam konteks yang berkaitan, tentera Israel turut bertindak menindas penduduk Palestin yang terlibat di dalam sebuah perarakan yang bermula dari kem al-Arroub di al-Khalil. Tidak hanya itu, peluru hidup, bom tangan, dan gas pemedih mata turut dilepaskan ke arah kumpulan peserta hingga menyebabkan sebahagian besar daripada mereka mengalami kesesakan nafas.

