Home Berita Post View

Rumah Milik Seorang Tahanan Palestin Dimusnahkan

May 03, 2023 06:38 pm

 

Pasukan tentera Israel merobohkan sebuah rumah di bandar Salfit dan sebuah lagi di Qalqilya yang terletak di Tebing Barat.

Sumber melaporkan bahawa tentera rejim bertindak menceroboh bandar Haris bersama kelengkapan kenderaan ketenteraan, serta mengepung kawasan rumah milik Muhammad Souf, penduduk Palestin yang syahid. Beliau telah dituduh bertanggungjawab atas Operasi Ariel yang mengakibatkan kematian tiga orang penduduk Yahudi dan tiga yang lain mengalami kecederaan.

Pada masa yang sama, pihak rejim turut memusnahkan rumah seorang tahanan, Younis Hailan yang terletak di Kampung Hajjah, Qalqilya setelah mengepung dan menghalang penduduk sekitar daripada menyalurkan bantuan ke rumahnya. Kejadian ini difahamkan berlaku disebabkan tuduhan ke atas Younis Hailan yang dikatakan telah menikam dan menyebabkan kematian seorang penduduk haram.

Sebagai rekod, dasar perobohan dan penutupan rumah telah dilaksanakan oleh pihak rejim Israel. Ini bermakna rejim Israel bebas untuk meroboh atau menutup rumah mana-mana penduduk Palestin yang terlibat dengan operasi rusuhan yang mengakibatkan kematian penduduk haram Yahudi atau tenteranya.

Related