Seorang rakyat Palestin syahid manakala lima yang lain cedera dalam sebuah serangan dan pengeboman yang dilancarkan Israel.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, bahawa kejadian yang berlaku di utara bandar Gaza telah meragut nyawa seorang rakyat Palestin, Hashil Mubarak yang berusia 58 tahun. Manakala lima mangsa lain mengalami kecederaan.
Turut dilaporkan, bahawa pesawat tempur milik rejim Zionis telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas kawasan pihak pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

