Situasi di Beit Rima dan al-Nabi Saleh, Ramallah menjadi tegang berikutan serangan yang dilancarkan oleh pihak penjajah Israel telah mengakibatkan seramai enam orang penduduk tempatan yang tidak bersalah menjadi mangsa tembakan. Para mangsa dilaporkan mengalami kecederaan.
Bukan itu sahaja, puluhan rakyat yang lain turut mengalami kesesakan nafas akibat terhidu gas beracun yang dilempar oleh pihak musuh ke arah kediaman mereka. Kenderaan milik salah seorang penduduk di bandar berkenaan juga dibakar dengan sengaja oleh rejim Zionis manakala banyak harta benda penduduk di kawasan itu telah dimusnahkan.
Serangan di perkampungan Nabi Saleh turut mengalami nasib yang sama apabila rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah penduduk awam dan mengakibatkan tiga daripada mereka terkena tembakan.

