Home Berita Post View

Bezalel Smotrich Arah Pemotongan Dana Baharu Dari Pihak Berkuasa Palestin (PA)

May 05, 2023 06:13 am

 

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich mengarahkan pemotongan dana baharu daripada pihak berkuasa Palestin (PA). 

Portal media Israel, TV7 melaporkan bahawa dana ini akan ditambah kepada 138 juta shekel yang telah dipotong pada Januari lalu dan keputusan Smotrich untuk memotong dana daripada pihak berkuasa Palestin (PA) muncul bagi membayar pampasan kepada keluarga warga Israel yang mati.

Sebaliknya, Menteri Kewangan Palestin, Shukri Bishara menegaskan, bahawa pemotongan yang dikenakan Israel daripada pelepasan itu mengeruhkan lagi defisit dalam bajet Palestin. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk menekan Israel bagi mengeluarkan dana Palestin yang telah ditahan sejak 2019 hingga kini yang berjumlah kira-kira $800 juta.

Related